Posts

Showing posts with the label leadership

Mengapa Belajar Politik.

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sekarang buat apa, kerja atau belajar Azri ? Tanya Tuan Haji Ahmad Soalan ini hadir selepas beberapa ketika hilang dihadapan mereka, uzlah diri kata sendiri. Ambil Political Science Abi Mat ! Jawabku Political science ni berkaitan social science lah kan, kalau terjun kerja nanti,  agak terhad ! sambung Abi Mat. Lepas ni boleh jadi ahli politik !   Kacau Abi Mat. InsyaAllah (Tersenyum) ! – Jawabku Menyambung pelajaran dalam course political science bukan bertujuan untuk saya nak jadi ahli politik, bisik hati. Jauh lagi, semata nak dapatkan kerja dengan kerajaan.

Review Film : Ip Man.

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ” Sempena tahun baru cina, filem Ip Man menjadi santapan malam khamis jam 10.00 dikaca televisyen TV3. Sebelum ini hanya sempat menonton Ip Man 2, malam tadi berpeluang pula menonton Ip Man 1 lakonan Donnie Yen. Maka tergerak pula jari ini untuk Review Film kebaikan yang terdapat dari filem Ip Man ini. Sekadar mana yang sempat, lagipun cerita Ip Man ini adalah merujuk pada cerita yang benar lagenda mahaguru Ip Man. Lagenda Mahaguru IP Man sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat china apatahlagi setelah ia diangkat menjadi filem dan membuatkan ramai dikalangan kita teruja dengan seni pertahanan diri Wing Chun. - Kalau ada yang belum pernah tonton filemnya, baik tonton jika punya luang masa, tak rugi. Bukan Gaya Tapi Diri ! "Kali ini kamu kalah dengan gaya kung fu saya" petikan dari salah satu babak Ip Man. Jawapan yang dibalas kepada lawan Guru...

Catatan Gezi Park, Turki

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ” Dalam kehangatan isu yang berlaku kini di syria akibat keterlibatan Hizbulsyaitan membantu assad tentera rejim, media-media dari seluruh dunia sedang mengalih arah pena mereka menumpukan seketika perhatian kepada Turki yang dipimpin Erdogan dari Adalet ve Kalkinma Partisi (AKP) - Justice and Development Party (JDP) berikutan satu peristiwa yang berlaku pada Mei di Gezi Park, Beyoglu,Istanbul. Perhimpunan atau Protes yang bermula di Gezi Park adalah protes pencinta alam sekitar yang asalnya aman telah bertukar menjadi panas antara pihak polis dan ahli perhimpunan tersebut. Dalam beberpa sumber yang diteliti, dilihat polis yang telah melepaskan gas pemedih mata dan mengasari para demonstran mengakibatkan ada demonstran telah cedera. Perdana Menteri Turki, Recceb Tayyib Erdogan mengakui bahawa pihak polis telah melebihi apa yang sepatutynya, demikian juga dengan Timbalannya, ...