Mengapa Belajar Politik.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sekarang buat apa, kerja atau belajar Azri ? Tanya Tuan Haji Ahmad
Soalan ini hadir
selepas beberapa ketika hilang dihadapan mereka, uzlah diri kata sendiri.
Ambil Political Science Abi Mat ! Jawabku
Political science ni berkaitan social science lah
kan, kalau terjun kerja nanti, agak
terhad ! sambung Abi Mat.
Lepas ni boleh jadi ahli politik ! Kacau Abi Mat.
InsyaAllah (Tersenyum) !
– Jawabku
Menyambung pelajaran dalam course political science bukan bertujuan untuk saya nak jadi ahli politik, bisik hati. Jauh lagi, semata nak dapatkan kerja dengan kerajaan.
Memanfaatkan ilmu itu pelbagai.
Dialog
ini baru beberapa hari yang lepas, selepas lama tidak bertemu Abi Mat dan Kak Asiah,
orang yang banyak memberi tunjuk ajar selama duduk dalam organisasi.
Bunyi
paling dekat, pernah membantu Abi Mat dalam PRU 13 yang lalu, satu
perkara yang mencabar tapi inilah rentasnya perjuangan. – harap diri ini tetap
istiqamah pesannya.
Ahli Politik ?
Ambil
kos political science rasanya bukan tujuan nak jadi ahli politik, tetapi
belajar politik itu ialah untuk tahu bagaimana sikap dan caranya menguruskan
kehidupan seharian yang penuh dengan ragam dan rencamnya manusia. Ini adalah
bagian kecil dari luasnya tujuan.
Kita
harus meluruskan dan meluaskan semula istilah ini. Jauh sekali bila sebut
politik, mesti berkaitan UMNO, MCA, PAS, DAP, PKR, PR atau BN.
Bila sebut
politik, politik kotor saja yang ada,
“stop talking politic please !’ kekadang pinta sikawan.
Pakcik-pakcik
yang sembang dikedai mamak itu pun politik, tetapi banyak yang memihak kepada
parti yang disokong dan diundi, yang dibenci dan disuka, kita tidak menafikan
isu parti adalah satu juzuk daripada politik.
Tetapi
yang sebenarnya politik itu ialah bagaimana kita mengurus dan mentadbir
kehidupan seharian kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar
perkara dan sejauh mana kprihatinan kita terhadap apa yang berlaku di sekitar
kita.
Sarapan dan Politik ?
What do you understand about politics
? – Tanya Pensyarah
Have you all had breakfast this
morning ?? – Tambahnya lagi
\
Now, I want to tell ! The breakfast
was a form of political – Hujah
Pensyarah
Attendees
in the class started blur.
Wondering
what relation breakfast with politics.
From the breakfast, we take
example, Roti Canai !
From the price of Roti Canai, you
can know about the economy and the rate of price increases that occurred in the
country. That’s Politics ! – Pensyarah
Menjelaskan.
Jadi
mulai dari pembacaan ini, kita kena luaskan skop perbincangan kita tentang
politik.
Islam
Itu Syumul, Menyeluruh !
Jangan
hanya tertumpu kepada satu juzuk sahaja dan meninggalkan juzuk yang lain. Dan
Politik itu bukannya berdasarkan sentimen emosi dan fanatik serta taksub.
Balik
kepada Ilmu !
Pendidikan dalam Ilmu
politik itu penting.
Politik dan pendidikan adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Sistem pendidikan yang cemerlang akan menghasilkan suasana politik yang kondusif dan gemilang. - Dr Maszlee Malik
Belajar ilmu politik dalam bilik kuliah lebih matang kepada mendasari politik dengan ilmu
dan hujah, Akhlak dan Moral, lebih membuka minda dan fikiran serta tidak hanya
fokus kepada politik tempatan bahkan lebih daripada itu, diperingkat
antarabangsa, selain mengetahui halatuju masa depan politik Malaysia yang lebih segar, berilmu, hikamh dan juga bakti.
(Bersambung)
Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment