Catatan Gezi Park, Turki
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Dalam
kehangatan isu yang berlaku kini di syria akibat keterlibatan Hizbulsyaitan
membantu assad tentera rejim, media-media dari seluruh dunia sedang mengalih arah pena mereka menumpukan
seketika perhatian kepada Turki yang dipimpin Erdogan dari Adalet ve Kalkinma
Partisi (AKP) - Justice and Development Party (JDP) berikutan satu peristiwa
yang berlaku pada Mei di Gezi Park, Beyoglu,Istanbul.
Perhimpunan atau Protes yang bermula di Gezi Park adalah protes pencinta alam sekitar yang asalnya aman telah bertukar menjadi panas antara pihak polis dan ahli perhimpunan tersebut. Dalam beberpa sumber yang diteliti, dilihat polis yang telah melepaskan gas pemedih mata dan mengasari para demonstran mengakibatkan ada demonstran telah cedera. Perdana Menteri Turki, Recceb Tayyib Erdogan mengakui bahawa pihak polis telah melebihi apa yang sepatutynya, demikian juga dengan Timbalannya, Bulent Arinc.
Perhimpunan atau Protes yang bermula di Gezi Park adalah protes pencinta alam sekitar yang asalnya aman telah bertukar menjadi panas antara pihak polis dan ahli perhimpunan tersebut. Dalam beberpa sumber yang diteliti, dilihat polis yang telah melepaskan gas pemedih mata dan mengasari para demonstran mengakibatkan ada demonstran telah cedera. Perdana Menteri Turki, Recceb Tayyib Erdogan mengakui bahawa pihak polis telah melebihi apa yang sepatutynya, demikian juga dengan Timbalannya, Bulent Arinc.
Untuk
pengetahuan kita juga, Gezi Park (Dataran Taksim) adalah sebuah taman di
Istanbul. Pihak pemerintah
berhasrat menubuhkan replika sebuah bangunan lama dan bersejarah yang pernah
menjadi berek tentera kerajaan Uthmaniyyah satu masa lalu. Bangunan tersebut
telah dirobohkan pada 1940 oleh parti pemerintah aliran Kemalism pada masa itu
iaitu Cumhuriyet Halk Partisi (CHP)
Replika
yang akan dibina tersebut akan menjadi sebuah pusat niaga. Namun bantahan
timbul oleh segelintir rakyat karena pembinaan bangunan itu akan menghapuskan
sebuah taman dan sebuah pokok, lalu protes aman berlaku. Kekasaran pihak berkuasa menjadikan
protes yang asalnya berlangsung aman bertukar agresif. Beribu-ribu demonstran
mula memenuhi Taksim Square dan demonstrasi-demonstrasi turut berlangsung di
tempat-tempat lain di Turki. Presiden Turki, Abdullah Gul telah memberi respon
bahawa sepatutnya rakyat diizinkan untuk menyuarakan pandangan mereka dan
layanan pihak polis tidak sepatutnya.
Demikian
antara kronologi dan latar belakang ringkas yang saya sendiri cuba dapatkan
melalui sahabat dan media-media yang rasanya 50-50 tentang isu yang sedang
melanda Turki.
Pada masa yang sama, penganalisis
politik terkenal Turki, Ihsan Yilmaz menegur projek pembangunan pemerintah yang
seakan-akan terlalu sarat, hingga dibimbangi memberi keuntungan kepada pihak
yang kecil sahaja dan merugikan generasi akan datang. Beliau juga menyatakan di
Istanbul hanya ada sedikit taman yang bersejarah yang menjadi tempat rekreasi
rakyat di sana.
Bagi
saya, persoalannya itu tidak terhenti disitu, adakah benar itu sahaja
ceritanya? Kerana sebuah taman atau pokok, tercetusnya protes di pelbagai kawasan hingga
melarat ke ankara? Bagaimana, Daripada isu alam sekitar, ia merebak kepada isu
campur tangan Turki ke atas Syria, isu alkohol, isu minoriti Kurdis yg
tertindas, isu bercium di tempat awam & lain-lain lagi. Daripado protes serta occupy yang mahu mengekalkan keaslian Gezi Park oleh kumpulan
pencinta alam sekitar ia telah dihijack oleh pemimpin yang ada hidden agenda. Pastikan
anda mendapatkan sumber yang betul, agar tidak tertipu dan dipermainkan
segelintir kelompok.
Wallahu’alam
>Bersambung