Hari Ketiga Puluh Satu : Tanda

Day 31 of Restricted Movement Order ---- 


Tiada tanda wabak ini akan berakhir segera. Tapi hari ini, sidang harian covid 19 membawa khabar gembira buat kami warga-warga yang sentiasa menunggu perkembangan bencana wabak ini. Hanya 69 kes baharu dicatat berbanding hari-hari lain, terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Prime minister. Mungkin ada tanda wabak ini akan beransur pergi. Sedar tak sedar, hari ini masuk hari ketiga puluh satu, genap sebulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Hari ke-36 tanpa sukan bolasepak Premier League khususnya. Ahh! Tidak lengkap hujung minggu kalau tiada bolasepak. Rindu menggunakan terma-terma seperti masuk gua dan sebagainya.

Aktiviti hari ke 31? - Mengira baki berapa hari lagi RMO fasa ketiga sebelum keputusan kerajaan untuk menyambung RMO Fasa keempat. Maybe! Sebelah tengahari pula, rutin membaca buku. Hari ini masih sangkut dengan buku tulisan Candra malik bertajuk Mawar Hitam. Sebelah malamnya pula mengajar anak saudara bagi subjek matematik tahun 4 dan 5. Sekarang musim pembelajaran melalui atas talian since persekolahn ditangguh and i guess untuk jangka waktu yang lama. Malam sikit, sambung write my journal untuk buku bertajuk Melihat api bekerja tulisan Aan mansyur masih di bab pertama rangkap ke 7. After that, layan k-drama bertajuk Doctor room kemudian bersiap untuk tidur. By the way, hari ini hari jumaat, minggu kelima tiada solat jumaat diadakan. Asing! Lelaki - lelaki budiman pasti merasa hilang nikmat besar untuk solat jumaat dimasjid. Mendengar amaran, nasihat yang disampaikan khatib, menyeru para jemaah yang hadir untuk sentiasa berselawat keatas nabi. cukup merindui!

Lastly, ramadan is around the corner. Ada tinggal beberapa hari lagi sebelum ramadan tiba. Tahun ini akan ada kelainan yang sangat berbeza. Tiada tarawih dimasjid-masjid untuk kita dengar lantunan 30 juzuk sepanjang ramadan, tiada bazar ramadan dengan pelbagai jenis juadah berbuka puasa due to covid19 dan berkemungkinan RMO akan dilanjutkan untuk tempoh 14 hari lagi. Ramadan tahun ini akan menjadi kenangan untuk 10 atau 20 tahun ramadan akan datang.

Bersambung ...

*Untuk baki hari-hari Perintah Kawalan Pergerakan fasa keempat ini, aku bercadang untuk menggunakan penulisan santai seperti jurnal reflektif dan akan diselitkan beberapa baris puisi. Apapun! Jangan lupa basuh tangun and practice social distancing! Hashtag #StayAtHome

Taman Semarak
04. 17 April

Comments

Popular posts from this blog

Hari Ketiga Puluh Lapan : Ramadan

Hari Kedua : Krisis