Hari Keempat Puluh Lima : Pertarungan

Day 45 of Restricted Movement Order ----

Hari keempat puluh lima! Terlalu banyak sajian isu yang rakyat marhaen kena hadap dan cakna untuk PKP Fasa keempat. Hari ke 8 ramadan. Alhamdulillah, musim PKP kali ini boleh kejar sebanyak mana pahala dari rumah bermula dari mengaji al quran hingga terawih bersama keluarga. semoga mendapatlah kita hikmah besar ramadan kali ini. Hari ini juga masuk 1 Mei 2020. Hari pekerja sedunia! tapi bukan lagi hari pekerja bagi sesetangah rakyat negara yang kini ditimpa malang terkena wabak pembuangan pekerja. Laporan demi laporan diterima, kisah demi kisah didengar tentang pembuangan pekerja. Ini semua kesan langsung dari wabak covid19. Ketidakcekapan dan ketelusan pihak kerajaan juga telah menyumbang sedikit sebanyak yang mengakibatkan mimpi ngeri buat rakyatnya. 

Hari ini menjadi hari pertarungan sesama warga, baik pekerja disektor awam, swasta atau pun yang berkerja sendiri. Yang pastinya sektor swasta dan persendirian mungkin lebih terjejas teruk. Persoalan seperti, "kita mahu menyelamatkan nyawa atau menyelamatkan kerugian negara" ini berlegar! Demikian banyak lagi persaoaln yang timbul seperti "harus berapa ramai lagi rakyat yang perlu menanggung pembuangan pekerja ini" ?, " Berapa lama lagi tempoh PKP ini ingin dilanjutkan, kami tiada makanan, simpanan kami tidak banyak, bahkan permohonan bantuan oleh kerajaan sahaja masih dalam proses dan tiada kepastian?" dan berbagai lagi pertarungan yang mengajak semua lapisan untuk jujur berfikir. rakyat biasa kini ditengah dalam kemelut wabak. Samaada ingin menyelamatkan nyawa atau keluar mencari duit utk menyara nyawa biarpun seklai terdedah dengan risiko jangkitan covid19. Perang tujuan ini memakan masa dan memohon penjelasan. 

Sedang kes baharu masih dicatat dan berapada paras dua angka, hari ini secara tiba-tiba dan tergesa-gesa, kerajaan telah membuka semua peringkat industri untuk beroperasi dengan jaminan SOP yang tidak memberi bayangan bahawa ia bakal dituruti oleh semua lapisan masyarakat. Kerajaan meletakkan alasan kukuh bahawa kerugian demi kerugian dicatat dan perkara ini perlu diatasi segera. Rakyat tertekan keputusan sesingkat ini diambil sebelum menunggu akhir tempoh masa PKP fasa keempat berakhir pada 12 mei nanti. Empat haribulan mei pasti menjadi hari yang menyibukkan.


Kita mempercayai bahawa ini menurut saranan dan nasihat DG Ketua Pengarah Kesihatan, tapi demikian itu seperti tidak cukup. Tiada jaminan, kita belum zero cases, kita tiada sebarang vaksin yang boleh digunakan. Rakyat hari ini mula mengorak langkah memhamai keadaan sebenar, adakah ingin diulang sejarah beberapa negara yang membuka PKP secara mendadak yang pada akhirnya mendedahkan kembali kepada risiko tularan yang lebih besar? Bagaimana dengan sporadik kes yang pernah diberitakan? Fasa keempat ini sepatutunya menjadi medan pertarungan terakhir untuk memutuskan rantaian covid19 dan sifar kes baharu tetapi semua berlaku sebaliknya. Semua secara tiba-tiba menjadi tak tentu arah! ada arah tapi terlalu banyak u-turn! Inilah gambaran kerajaan kami hari ini untuk pelajaran bangsa akan datang.

Yang lebih menyedihkan daripada semua tekanan-tekanan ini, ia telah merubah sifat mulia yang pernah wujud dalam bangsa negara ini. Ada antara rakyat kita hilang kemanusiaan, berakibat daripada berita palsu, mempercayai dogeng-dogeng manusia yang tidak bertamadun. Habis dimaki hamun warga rohingya daripada sekecil-kecil hal dikorek dan dijadikan santapan makian warga netizen. Tekanan PKP menjadikan kita buas dan dangkal berfikir. Semua pengalaman buruk warga ini menutup pengalaman buruk bangsa sendiri! Seorang warga negara rohingya yang menitikkan nila busuk dalam susu sebelanga, habis sejarah bangsa ini dicerca. Membuka pekung bagi sesetengah manusia, hipokrasi mereka yang konon berjuang demi islam tapi bila sampai pada isu rohingya rupanya sarat dengan dogma nation state. Akhirnya, yang mereka gelar liberal dan mengancam melayu islam itu jugalah yang membantu kemanusiaan tanpa perlu menunggang agama dan kaum. Sedih! meski kita memahami isu pelarian ini membimbangkan lagi-lagi disaat getir, damaikanlah hati dan sucilah fikiran dengan langkah yang memuliakan bangsa kalian. Isu pelarian ini perlu dasar segera, jika kerajaan tidak menanganinya hari ini dengan baik, kita risau! kita hilang jejak bangsa yang mulia lagikan pekerti dimasa hadapan! *kerajaan kita hari ini sahaja, disuruh bersidang di parlimen takut! tapi main golf dibolehkan bermula 4 mei nanti. 

Daily reminder ini terpakai sehingga kita betul-betul menang melawan covid19! Jangan lupa cuci tangan dengan air bersih beserta sabun. Duduk dirumah baca buku, tambah ilmu, Jangan keluar rumah jika tiada keperluan mendesak. Jika bekerja, follow the SOP and practice social distancing! Jadilah rakyat yang bijak. Semoga amal ibadan dan puasa kita dibulan ramadan ini diterima oleh Allah S.W.T!

Taman Semarak
Mei 1, 2020

Comments

Popular posts from this blog

Hari Ketiga Puluh Lapan : Ramadan

Hari Kedua Puluh Dua : Wabak

Hari Kedua : Krisis