Hari Ketiga Puluh Lapan : Ramadan

Day 38 of  Restricted Movement Order ----

Hari ini hari pertama ramadan untuk tahun 2020, 1441 hijrah. Sebak dan gembira! Sebak kerana banyak hal, Ramadan ini tiada terawih diadakan di masjid, semua dilakukan dirumah masing-masing. tiada kedengaran suara anak-anak didalam masjid mengaminkan bacaan imam tarawih, hatta kucing masjid pun dirindui. Sebak membayangkan tiada aktiviti qiyamulail dimalam sepuluh terakhir ramadan dimasjid. Apapun maksud sebak bagi kita, pasti tuhan menyajikan hikmah yang lebih baik untuk dimengerti. Gembira? Gembira sebab bulan ramadan adalah bulan yang diberi ganjaran pahala besar untuk setiap kebaikan yang dilakukan, bulan Al Quran. Manfatkanlah masa PKP untuk membaca, dan memahami Al Quran.  

Semalam seperti yang dijangka, Perdana Menteri mengumumkan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-4 bermula 28 April sehingga 12 Mei 2020. Unpopular decision, but this is what we need rignt now, walaupun akhir-akhir ini ada trend penurunan kes baharu covid19. Cuma! yang tidak sedap kita pandang adalah sesetengah rakyat malaysia yang masih ingkar Perintah Kawalan Pergerakan ini. Kadang ada yang tanpa segan silu, membohong dan menipu penguatkuasa. Bergerak ke sana sini dengan tiada keperluan mendesak.

Lagi tidak sedap dipandang dan mengundang cercaan netizen dalam dua hari ini adalah sikap dan perangai sebilangan menteri dan wakil rakyat itu sendiri yang tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan ini. gila! Sedang rakyat mematuhi arahan untuk duduk dirumah sehingga menyebabkan terganggu mata pencarian rezeki, menteri pula buat sesi kunjung mengunjungi seperti tiada apa berlaku. Lagi-lagi timbalan menteri kesihatan sendiri tidak mematuhi SOP kementeriannya sendiri. Edan! Rakyat kencing berdiri, menteri kencing berlari, mungkin sesuai bagi menggambarkan sikap mereka yang tidak patuh ini.

Ceh! Dinasihat rakyat sepetah munsyi
Lihat! Sesetengah menteri pelihara babi, 
-Ingkar tidak mengerti


Aktiviti Hari ke-38? Seperti biasa, buka kalendar dan hitung baki-baki hari perintah kawalan pergerakan fasa keempat. Kehidupan normal tidak akan kembali dengan begitu mudah. Kebiasaan-kebiasaan yang lama perlu kita tinggalkan, dan terwujud kebiasaan yang baru. Hari ini pertama ramadan! Disamping membaca kitab Al quran, sempat selit pembacaan ringan buku tulisan Zemir Mohyedin dan Mohd S. Faiz bertajuk Fizik-Lah! Buku ini keseluruhannya bertemakan sains dan ditulis dalam bahasa yang mudah untuk difaham, jika anda bukan budak beraliran sains. Objektif penulis lebih kepada sains untuk semua. Petang pula sementara menunggu berbuka puasa, sempit mencuri masa dengan bermain PES2020. At the night, macam biasa, apabila ramadan pasti ada solat terawih. Ganjilnya saja, terawih dilaksanakan dirumah. Selain itu ulangkaji bahasa ketiga, bahasa german! bahasa german memang tricky than english language, tapi menarik untuk dikuasai. Best achievment untuk sepanjang PKP.  Im gonna master my germany language (yakinnya!apabila mendengar PKP akan dilanjutkan ke fasa ke-4.

Daily reminder for us! Dont forget to wash your hand dengan air bersih beserta sabun. elakkan sentuh muka, hidung dan mata ketika tangan kotor. Tetap duduk dirumah and please have more empathy ! Bersempena ramadan dalam suasan kuarantin ini, rebutlah maksud kesederhaan yang dianugerahkan tuhan kepada kita!

Taman Semarak
April 24. 2020

Comments

Popular posts from this blog

Hari Kedua : Krisis

Hari Ketiga Puluh Satu : Tanda