Hari Kedua Puluh Dua : Wabak

Day 22 of Restricted Movement Order ----

Langit dalam daerah kawalan ini,
tiada penjaga - Kucing membawa berita dari jauh
dan kalian yang berhimpun diantara udara berkongsi
masih menghirau pesan tidak mahu menjauh

Langit dalam daerah kawalan ini
tiada penjaga - Kucing membawa berita dari jauh
dan kalian yang terputus rezeki
sedang kefikiran mahu membeli

Tahulah pada manusia dijalan berbaris
diantara lingkaran wabak! berhati-hatilah, ia sadis

Ada berita dihujung daerah
menyatakan kisah hidup kalian
yang tanpa kata - tiada sebutan.

Jalan Dunlop, Tawau
Mac, 6. 2020 


Catatan :

Puisi sebenarnya menyampaikan situasi semasa negara yang sedang dilanda wabak covid 19, rakyatnya sedang berhimpun dihadapan bank, menunggu mengambil bantuan kerajaan dan tidak mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) tapi diantara keramaian, ada rakyat yang berbaris lantas keperluan yang mendesak, tak bertuahnya hidup.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Ketiga Puluh Lapan : Ramadan

Hari Kedua : Krisis

Hari Ketiga Puluh Satu : Tanda