Day 45 of Restricted Movement Order ---- Hari keempat puluh lima! Terlalu banyak sajian isu yang rakyat marhaen kena hadap dan cakna untuk PKP Fasa keempat. Hari ke 8 ramadan. Alhamdulillah, musim PKP kali ini boleh kejar sebanyak mana pahala dari rumah bermula dari mengaji al quran hingga terawih bersama keluarga. semoga mendapatlah kita hikmah besar ramadan kali ini. Hari ini juga masuk 1 Mei 2020. Hari pekerja sedunia! tapi bukan lagi hari pekerja bagi sesetangah rakyat negara yang kini ditimpa malang terkena wabak pembuangan pekerja. Laporan demi laporan diterima, kisah demi kisah didengar tentang pembuangan pekerja. Ini semua kesan langsung dari wabak covid19 . Ketidakcekapan dan ketelusan pihak kerajaan juga telah menyumbang sedikit sebanyak yang mengakibatkan mimpi ngeri buat rakyatnya. Hari ini menjadi hari pertarungan sesama warga, baik pekerja disektor awam, swasta atau pun yang berkerja sendiri. Yang pastinya sektor swasta dan persendirian mungkin lebih terjejas ...
BLOGWALKING & BLOGLIST SVIORS | Jom join ramai-ramai dan meriahkan segmen yg dibuat rakan blogger kita ni, mudah dan senang saja. Sila klik gambar hebat diatas ya!
Waktu itu sangat relatif, dan kini ia berjalan lebih pantas cuba memintas kelajuan pikiran manusia. Lama tidak kembali ke sini (blog), mencipta kata-kata baru dan membangkit. Almaklum, sejak posting kerja diperantauan, payah nak update blog. Banyak benda ingin ditulis, tetapi ruang dan peluang juga masih tak ketemukan, atau sengaja dibiarkan menunggu esok yang lebih pendek waktunya dari semalam. Alhamdulillah ruang itu hadir walau seketika mampir. Sebelumnya beberapa post puisi dalam blog ini telah di ‘ unpublish ’ kerana terlibat dengan sayembara puisi, dan memohon doa kalian agar dipermudahkan segala urusan. InshaAllah, bulan ini akan kembali beraksi! sampai jumpa di post akan datang.
Comments
Post a Comment