Zulhijjah : Antara Dua Tahun
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah kita panjatkan rasa syukur kepada ilahi, hari ini kita menginjak bulan terakhir dalam kalendar Hijri yakni bulan zulhijjah 1436H. Tajuk makalah kali ini iaitu 'Zulhijjah : Antara Dua Tahun.
Ada apa dengan Zulhijjah : Antara Dua Tahun ?
Ada apa dengan Zulhijjah : Antara Dua Tahun ?
2. Kata Ibnu Kathir: yang dimaksudkan di sini ialah
sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah.
3. Dr Ibnu Abbas RA, Rasul s.a.w telah bersabda,
mafhumnya: Tidak ada hari yang beramal soleh padanya lebih dikasihi Allah
selain dari hari-hari sepuluh ini. Para sahabat rasul s.a.w bertanya : Walaupun
berjihad di jalan Allah? Walaupun berjihad di jalan Allah! kecuali lelaki yang
keluar (berjihad) membwa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu
(syahid). [HR: Ahmad].
4. Dalam hadis lain - “Tidak ada hari yang lebih
besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari
hari-hari yang sepuluh ini.
5. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir
dan bertahmid. [ Riwayat Ahmad ]
6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di
antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah ini kerana terhimpun di
dalamnya beberapa ibadat yang besar
7. Ibadat yang besar iaitu : Solat, puasa, sedekah
dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
8. Antara amalan yang baik dilakukan pada hari-hari
tersebut ialah solat, puasa, (takbir, tahlil, tahmid) *bukan tahlil jemput orang
baca dirumah tu, yang kebiasaan adat orang kita buat.
10. Ini kerna hadis Ibnu Umar yang tadi mengatakan:
“Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil
(La-ilaha-illaLlah), bertakbir (Allahu-Akbar) dan bertahmid (Alhamdulillah).
(La-ilaha-illaLlah), bertakbir (Allahu-Akbar) dan bertahmid (Alhamdulillah).
11. Dan pada sepuluh awal ini juga kita kena banyak
puasa. Kata Imam An-Nawawi: berpuasa pada hari-hari spuluh adalah sunat yang
sangat digalakkan.
12. Puasa yang paling utama sekali adalah puasa pada
hari arafah.
13. Kata nabi s.a.w : puasa pada hari arafah (9
zulhijjah) Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yg lalu dan
setahun yang akan datang.
Inilah maksud Zulhijjah : Antara Dua Tahun. Dengan berpuasa sehari pada hari arafah (9
zulhijjah) maka diampunkan kesalahan atau dosa setahun yang lalu dan setahun
yang akan datang.
14. Inilah zulhijjah, padanya hari-hari sepuluh
(bukan 10 zulhijjah saja) 1-10 zulhijjah hari yang lebih besar disisi Allah SWT
beramal padanya lebih dikasihi
15. Ini tawaran, projek mega mampu milik, jangan
mampu tengok dan disia-siakan - rugilah kita kiranya tidak mengambil kelebihan
hari-hari awal zulhijjah ini.
Allahu'alam dan Salam Zulhijjah
May Allah bless Us.
The first ten days of Zul-Hijjah are the best days
of the year, and the last ten nights of Ramaḍān are the best nights. So whoever
has been fortunate to worship in the daytime of the former and the night of the
latter then he is truly fortunate.
Allahu'alam dan Salam Zulhijjah
May Allah bless Us.
Peringatan yang bermanfaat, terima kasih .
ReplyDeleteAlhamdulillah. smga bmnfaat. afwan.
Deleteterima kasih atas perkongsian ini...
ReplyDeletep/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^)
Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html
- Mia Liana -
semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya..
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu. Jemput singgah k..
Entry terkini:
1. "Aneh!! Sebiji telur ada 2 kuning telur.."
2. "Aperture Squad Artwork"
3. "1st GiveAway by Ciktaman"
4. "Segmen Blogwalking Bersama KisahPondokKecil"
Peringatan yang berguna...tq sharing
ReplyDeleteJemput singgah blog sy SPORTING MUMMY