Buku Jalanan Ta' Wau'
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Esok ada lagi tak? - Pertanyaan daripada antara pengunjung buku jalanan petang sabtu itu.
Kami tersenyum dengan respon positif yang diberikan pengunjung, malah berinjak dari soalan tadi ketahuilah kami yang demikian.
Apa Ada Dengan Buku Jalanan.
Menurut carian di wikipedia. Buku Jalanan
ialah satu acara yang berkonsepkan peminjaman bahan bacaan secara percuma dan
aktiviti-aktiviti seni. Buku Jalanan yang beilhamkan ‘street library’ dari
beberapa kolektif dari New York dan Manhattan Amerika Syarikat disambut baik
hingga berjaya menjadi buah mulut ramai pihak dan diraih kewujudannya.
Buku Jalanan bermula di atas rasa keinginan
untuk berkongsi budaya membaca bersama masyarakat dengan harapan ianya akan
dapat mewujudkan ruang aktiviti yang melibatkan masyarakat dengan fokus kepada
bahan bacaan dan aktiviti seni. Ianya juga dapat mengisi manfaat ruang awam
yang tersedia. Selain diisi dengan aktivti kekeluargaan.
Aktiviti ini juga sekaligus menarik minat
anak muda dan remaja terhadap aktiviti keilmuan yang menjadi hak setiap
daripada manusia.
Di malaysia terdapat kira-kira 14 cawangan
Buku Jalanan telah ditubuhkan dan mungkin lebih banyak penubuhannya sehingga
hari ini.
Buku Jalanan Tawau
Juga atas kesedaran pentingnya membaca dan beberapa kesedaran lain, semalam 5 September 2015 kami dipihak PSS Kal telah mewujudkan Buku Jalanan ini, bertempat di Taman Permainan Highway, Tawau. Aktiviti ini InsyaAllah bakal dijalankan setiap hujung minggu dengan pengisian yang pelbagai.
Sambutan dan sokongan daripada mereka yang berkunjung ke buku jalanan semalam juga positif.
Samada usaha ini kecil atau besar, semoga
ianya memberi impak yang berguna kepada perkembangan budaya membaca dan
berfikir dikalangan masyarakat kita. tidak semata-mata taklik atas ilmu tetapi
memahami dan mengkaji. Apalagi jika kita lihat kebelakang kepada masyarakat yang berjaya sebelumnya, itu kerana rakyatnya celik dan ilmu.
Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.
Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.
A samad Said | Merindui Buku 2004
Jadi mahu tidak mahu, jihad ke arah ilmu ini seharusnya menjadi tempat pertama.
Membaca bukan hobi,
tetapi ianya kewajipan yang dituntut dan dipupuk,
kerana dari membaca lahirnya ilmu dan mengkaji,
melahirkan insan yang ada adab dan budi pekerti.
Allahu'alam.
Azri Al Fateh
#TeamBJPSSKal
5/09/2015
Comments
Post a Comment