Tingkatan 1 Bestari.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Mungkin kerana aku sudah tahu
bagaimana menilai keadaan itu, lantas aku bertanyakan kepada akal yang baru
menginjak Tingkatan 5 Automotif SM Teknik Tawau. Automotif ? Memikir hal sebuah enjin kereta itu tidak seberat memikirkan sebuah enjin manusia. Maha Hebat Allah yang mencipta.
Menyambung memikirkan persoalan yang yang wujud, agaknya kenapa aku melalui kelas yang
berbagai peringkat/kasta dari A - I ?
1 Bestari
2 Dinamik
3 Dinamik
Apakah kerana Amanah, Bestari,
Cerdik, Dinamik, itu punya kepandaian tertentu, lantas yang tidak menentu sila duduk
kelas hujung dan belakang ? Seingat ketika itu, kelas yang paling akhir adalah ‘I’
Kalau dengar kelas I, Terlintas :
itu kelas pelajar kurang pandai atau bahasa indahnya bodoh !
All it takes is a few moments of
thinking.
Maka saya mulakan tafsiran hati,
untuk berfikir lebih luas akan hal itu.
Apakah kerana pelajar itu kelas
Amanah (Kelas depan) dinilai si pandai. Mereka kelas Inovatif (Kelas Belakang) dinilai bodoh ?
Saya fikir makna atau definisi pandai
itu terlalu luas untuk disempitkan mengikut kelas !
Mungkin kerana sistem pendidikan
hari ini dan semalam memfaktorkan ianya difahami pelajar dan masyarakat sebegitu.
Sistem ini melekat dengan
masyarakat kita.
Kepandaian itu diikat dengan
adanya kasta kelas.
Sesampai diuniversiti, dipalu
dengan abjad dan angka.
Mereka yang pandai adalah mereka
yang PT3 dapat straight ‘A’
Mereka yang pandai adalah mereka
yang UPSR, SPM got straight ‘A’
Mereka yang pandai adalah mereka
yang dapat Anugerah Dekan, Anugerah Ketua Jabatan, 4.00 plat
Sehingga ke Ipt saya bersama
pemikiran sebegini.
Bukan setakat sahabat sebaya,
guru, pensyarah juga melakar pemikiran yang sama.
Sebati !
Tanpa fikir ! kita terima hal itu
sbg suatu kebenaran yang tidak bleh dinafikan kerana ianya menjadi kebiasaan. Ketahuilah bahawa banyak perkara
yang menjadi kebiasaan, itu tidak semestinya benar dan ia prlu di ubah.
Kepandaian tidak dapat disukat
dengan abjad dan angka, kelas depan atau belakang, hatta ujian IQ yang diadakan
pun tidak dapat menerangkan kepandaian manusia secara komprehensif.
Pelbagai teori dari sarjana timur
hinggalah ke barat mengenai kepandaian, anda boleh mencariny. Itupun tiada teori yang sempurna berkaitan
kepandaian ini.
Kita tetap dalam proses untuk
memahami pandai itu dengan lebih luas dan mendalam sebagaimana dalam yang tiada
dasar ilmu islam itu.
Apabila kita menilai kepandaian
seseorang itu dengan kelas A,B,C atau dengan angka, maka kita sudah menutup
kepandaian yang pelbagai yang Allah berikan terhadap manusia itu sendiri.
Dari seluas kepandaian yang ada,
kepada kesempitan.
Human Intelegence is too complex
too be quantified bt letters and numbers – Aiman Azlan
Tiada makna pandai yang mutlak.
Kepandaian manusia itu
berbeza-beza. Tidak juga ianya tertakluk kepada akademik semata-mata. Sekiranya
kita gagal paper sejarah – tidak bermakna kita buta atau bodoh sejarah, lantas
satu kegagalan kamu perlu pindah kelas belakang.
Natijahnya, saya mangsa abjad,
angka dan kelas kasta itu tadi.
Kata Bro Aiman Azlan dalam
bukunya : Generasi Pandai yang dibodohkan’
Solusinya – sekalipun anda tidak disenaraikan
daripada 35000 pelajar semalaysia dalam garis pandai, itu tidak bermakna anda
dalam garisan kebodohan.
Sekalipun anda kelas 2 dari
belakang, itu tidak menyatakan anda tidak pandai atau kurang pandai – justeru yakini
diri berusaha dan terus berusaha, hingga datang suatu saat kalian dipilih untuk
duduk kelas pertama, tetapi kalian memilih untuk tetap dibelakang.
![]() |
Sekolahku, SMK Jambatan Putih. Tetap indah dengan kehijauan pokoknya yang tumbuh segar |
Thanks a lot kepada Sekolah yang pernah mendidik diri ini.
Masih belum sempurna.
Wallahu’Alam.
Azri Al Fateh
Tingakatan 3 Dinamik
Pengawas Pusat Sumber.
Pengawas Pusat Sumber.
SMK Jambatan Putih
Suatu Ketika Dahulu.
Comments
Post a Comment