Smile Is the Power.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
"Senyumlah walau insan dihadapan tidak kau kenali" - sapaan ku terhadap adik peserta program qiyamulail
Smile is the power ! Senyum bukan hanya budaya dan meditasi, tapi ianya sunnah baginda rasul s.a.w. Indahnya agama ini bila dengan senyuman kita mampu mengukir pahala.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang manusia yang sentiasa memberi motivasi, salah
satunya dengan senyuman baginda s.a.w, dan baginda juga menyatakan kepada
sahabat tentang makna senyuman itu, dengan bersabda :
"Janganlah kamu
menghina kebaikan sedikitpun, walau sekiranya engkau bertemu dengan saudara
engkau dengan wajah yang ceria" [ riwayat muslim ]
Nabi Muhammad s.a.w
adalah seorang manusia yang mampu mencairkan hati sesiapa saja dengan senyuman
baginda. Dengan senyuman baginda lah ramai yang telah pikat hati dan bertambah
cinta antaranya para sahabat, isteri baginda jua kanak-kanak yang sering
Baginda temui. Baginda memancarkan sinar harapan dengan senyum, tidak kira apa
bangsa dan agama.
Baginda juga mampu
untuk sejukkan hati yang panas dan keras dengan senyuman, dan baginda s.a.w.
memerintahkan atau menyuruh umatnya agar menghiaskan diri dengan akhlak mulia
ini, kerna ianya tidak perlukan modal langsung untuk membelinya. Bahkan baginda
menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan dan sebagai modal
untuk berdakwah. Itulah kuasa senyuman
Oleh itu, bagi saya,
senyum adalah satu kekuatan dan satu kuasa untuk kita cipta satu kondisi atau
keadaan yang hidup dengan nilai-nilai kebaikan. kalu kita nak lakukan apa-apa
saja iringilah dengan senyuman hatta nak masuk ke blog mujahid siswa ini pun
kena banyakkan senyuman, agar blog ni sentiasa memberi anda inspirasi dan
manfaat bagi kita bersama. jom senyum tige..!!
![]() |
senyum yang tidak bisa dimusnakan hatta dengan C4 sekalipun |
Begitulah Rasulullah
s.a.w dalam melakukan urusan kehidupan, dalam mengajak para sahabat baginda
untuk sentiasa merebbut dan melakukan kebaikan. Baginda s.a.w juga tidak pernah
lekang dari memberi senyuman kepada sesiapapun .
Diriwayatkan dari Jabir
dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata :
“Sejak aku masuk Islam,
Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku
kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”
Saya juga pernah
terbaca satu ungkapan atau pepatah cina yang boleh kita jadikan pengajaran,
disebut :
“Seseorang yang tidak
boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”
Pengalaman saya atau
mungkin anda juga bila berhadapan dengan kaum cina di malaysia ini, mereka
antara kaum yang suka sangat tersenyum.! Saya bila dikampus dahulu, bila
bergiat atau bergerak kerja dengan sahabat - sahabat yang berbangsa cina ni,
kita akan rasa sentiasa ceria dan riang! kalau nak tahu cuba sendirilah. Dan
bagi saya juga, kita lihat biasanya orang-orang cina ini akan membayar senyuman
yang paling mahal bila bertemu apatah lagi dalam urusan perniagaan.
Oleh itu, senyum
merupakan sunnah harian Rasulullah s.a.w, merupakan saham buat anda juga untuk
dituai diakhirat kelak, perbanyakkanlah senyuman, kerana dari senyuman kita
mampu ukir hari hari dengan bahagia. Kalau warga syria yang dalam kezaliman dan
kekejaman dilakukan kepada mereka, mereka mampu ukir senyuman, kenapa tidak
kita dinegara yang aman damai ini.
Wallahu alam.
mulakan hari dengan senyuman semoga pahalanya berpanjangan. Smileeeeee (^_^)
ReplyDeletesenyum!tak perlu kata apa2..suka ayat ni
ReplyDelete“Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”
sangat anoyying bila g kedai muka org kedai dh mcm muka asam kedondong..
salam. sy suka senyum kat orang tapi orang tak suka balas senyuman sy agaknya tak manis kut sy senyum huhuhu gurau :D
ReplyDeletenice entry, awak :)