Day 38 of Restricted Movement Order ---- Hari ini hari pertama ramadan untuk tahun 2020, 1441 hijrah. Sebak dan gembira! Sebak kerana banyak hal, Ramadan ini tiada terawih diadakan di masjid, semua dilakukan dirumah masing-masing. tiada kedengaran suara anak-anak didalam masjid mengaminkan bacaan imam tarawih, hatta kucing masjid pun dirindui. Sebak membayangkan tiada aktiviti qiyamulail dimalam sepuluh terakhir ramadan dimasjid. Apapun maksud sebak bagi kita, pasti tuhan menyajikan hikmah yang lebih baik untuk dimengerti. Gembira? Gembira sebab bulan ramadan adalah bulan yang diberi ganjaran pahala besar untuk setiap kebaikan yang dilakukan, bulan Al Quran . Manfatkanlah masa PKP untuk membaca, dan memahami Al Quran. Semalam seperti yang dijangka, Perdana Menteri mengumumkan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-4 bermula 28 April sehingga 12 Mei 2020. Unpopular decision, but this is what we need rignt now , walaupun akhir-akhir ini...