Syria : Massacre of Global Silence.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Kami di Mujahid Siswa
Blogspot.Com mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang menggunakan senjata
kimia sehingga mengakibatkan kematian ribuan rakyat Syria dan mencederakan
ramai lagi di Ghouta dekat Damsyik pada 21 Ogos lalu. Ini atas nama saudara
muslim dan atas nama hak asasi kemanusiaan.
Bashar semakin
mengganas dan cuba memanipulasi keadaan serta menyembunyikan tangannya. Kenyataan
bashar baru-baru ini yang menyebut bahawa beliau tidak terlibat dalam kejadian
tersebut seolah-olah cuba lari dari perbuatan pembunuhan senyapnya.
Tindakan tersebut jelas
melanggar undang-undang antarabangsa serta melanggar hak asasi kemanusiaan. Ini
bukan yang pertama kali berlaku di Syria dan pembunuhan kejam yang dilakukan
assad sememangnya tidak berperikemanusiaan. Malahan pihak yang berwajib hanya
menutup mata sebelah dalam menangani jenayah yang dilakukan assad di Syria.
Kanak-kanak antara yang
terbesar menjadi mangsa serangan dan menjadi mangsa pembunuhan bashar assad selama
lebih 2 tahun di Syria.
Pihak yang
bertanggungjawab melakukan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu mesti
dibawa ke muka pengadilan dan semoga Allah melaknat ke atasnya.
Berharap pihak kerajaan
Malaysia juga menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab
menjalankan siasatan jujur ke atas laporan-laporan tersebut dan memohon kepada
rakyat malaysia khususnya sahabat blogger untuk mendoakan kesejahteraan, kekuatan
serta kesabaran dalam berjuang buat saudara muslim kita yang dizalimi dan
dianiaya, serta mendoakan agar si penzalim insaf dan kembali kepada Allah
tuhannya.