Posts

Showing posts with the label Ramadan

Hari Keempat Puluh Lima : Pertarungan

Day 45 of Restricted Movement Order ---- Hari keempat puluh lima! Terlalu banyak sajian isu yang rakyat marhaen kena hadap dan cakna untuk PKP Fasa keempat. Hari ke 8 ramadan. Alhamdulillah, musim PKP kali ini boleh kejar sebanyak mana pahala dari rumah bermula dari mengaji al quran hingga terawih bersama keluarga. semoga mendapatlah kita hikmah besar ramadan kali ini. Hari ini juga masuk 1 Mei 2020. Hari pekerja sedunia! tapi bukan lagi hari pekerja bagi sesetangah rakyat negara yang kini ditimpa malang terkena wabak pembuangan pekerja. Laporan demi laporan diterima, kisah demi kisah didengar tentang pembuangan pekerja. Ini semua kesan langsung dari wabak covid19 . Ketidakcekapan dan ketelusan pihak kerajaan juga telah menyumbang sedikit sebanyak yang mengakibatkan mimpi ngeri buat rakyatnya.  Hari ini menjadi hari pertarungan sesama warga, baik pekerja disektor awam, swasta atau pun yang berkerja sendiri. Yang pastinya sektor swasta dan persendirian mungkin lebih terjejas ...

Hari Ketiga Puluh Satu : Tanda

Day 31 of Restricted Movement Order ----  Tiada tanda wabak ini akan berakhir segera. Tapi hari ini, sidang harian covid 19 membawa khabar gembira buat kami warga-warga yang sentiasa menunggu perkembangan bencana wabak ini. Hanya 69 kes baharu dicatat berbanding hari-hari lain, terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Prime minister . Mungkin ada tanda wabak ini akan beransur pergi. Sedar tak sedar, hari ini masuk hari ketiga puluh satu, genap sebulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Hari ke-36 tanpa sukan bolasepak Premier League khususnya. Ahh! Tidak lengkap hujung minggu kalau tiada bolasepak. Rindu menggunakan terma-terma seperti masuk gua dan sebagainya. Aktiviti hari ke 31? - Mengira baki berapa hari lagi RMO fasa ketiga sebelum keputusan kerajaan untuk menyambung RMO Fasa keempat. Maybe ! Sebelah tengahari pula, rutin membaca buku. Hari ini masih sangkut dengan buku tulisan Candra malik bertajuk Mawar Hitam . Sebelah malamnya p...

Dedaun Ramadan

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ” Daun Ramadan telah gugur separuh, Masjid mulai lesu bukan bisu Kebiasaan yang mengharu'