Posts

Showing posts with the label Cerpen

Cerpen : Ke Kampung 2020

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ” Disudut rumahnya, ada tangan yang pernah bekerja keras membangunkan suatu ketika, dan ada mata yang penuh dengan kehampaan. Pak Hasan dan Isterinya terpaksa berpindah dalam masa terdekat. Rumah yang didiaminya semenjak Dua puluh tahun itu mahu dirobohkan. Sama ada untuk tujuan apa ia dirobohkan, kini sebahagian rumah di kampung itu telah dirundung gelisah yang panjang. Khabar rumahnya bakal dirobohkan itu telah lama diketahui, sekadar mendengar hal berita yang dibawa oleh jiran tetangganya. Maka tidak sedikitpun kerungsingan bagi hatinya, dan menganggap ia khabar angin, Khabar tak punya isi. Tetapi sekarang, khabar yang semenjak 2 bulan yang lalu diterimanya itu adalah suatu perkhabaran yang benar. Pak Hasan menerima surat rasmi yang menyuruh beliau berpindah dari rumahnya - rumah yang dibangunkannya hasil titik peluhnya sendiri. Sejak itu hatinya dirundung kelukaan....

Cerpen : Surat Terbuka dari Malaikat

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ” "Bayu bin Ahmad Zainuddin." "Nama yang diberi oleh Ayah dan Ibu, yang takkan tertukar buat selamanya hingga ke liang kubur - ujar Bayu kepada adik-adik Usrahnya, para pelajar salah sebuah sekolah cemerlang dibumi 'syurga makanan laut itu. Sekolahnya terletak 20 KM dari pusat Bandar. Meskipun yang datang hanya lingkungan 10 orang lelaki dan perempuan, tetap Bayu memilih kalimat ‘Terpilih’ bagi yang hadir dan mengikuti usrahnya hari ini agar bisa membuat ‘rasa’ keberuntungan didalam hati adik-adik usrahnya.  Satu jam setengah lamanya Bayu membebel (satu komunikasi), mengisi dan memanfaatkan ruang itu dengan perkara penting yang ingin disampaikan kepada adik-adik usrahnya. Tidak dia menyangka selaju itu masa bergerak seiring pengisian yang telah dia sampaikan. Kadangkala runsing hatinya, karena memikirkan 'apakah adik-adik usrahnya memaha...