Posts

Hari Keempat Puluh Lima : Pertarungan

Day 45 of Restricted Movement Order ---- Hari keempat puluh lima! Terlalu banyak sajian isu yang rakyat marhaen kena hadap dan cakna untuk PKP Fasa keempat. Hari ke 8 ramadan. Alhamdulillah, musim PKP kali ini boleh kejar sebanyak mana pahala dari rumah bermula dari mengaji al quran hingga terawih bersama keluarga. semoga mendapatlah kita hikmah besar ramadan kali ini. Hari ini juga masuk 1 Mei 2020. Hari pekerja sedunia! tapi bukan lagi hari pekerja bagi sesetangah rakyat negara yang kini ditimpa malang terkena wabak pembuangan pekerja. Laporan demi laporan diterima, kisah demi kisah didengar tentang pembuangan pekerja. Ini semua kesan langsung dari wabak covid19 . Ketidakcekapan dan ketelusan pihak kerajaan juga telah menyumbang sedikit sebanyak yang mengakibatkan mimpi ngeri buat rakyatnya.  Hari ini menjadi hari pertarungan sesama warga, baik pekerja disektor awam, swasta atau pun yang berkerja sendiri. Yang pastinya sektor swasta dan persendirian mungkin lebih terjejas teru

Hari Ketiga Puluh Lapan : Ramadan

Day 38 of  Restricted Movement Order ---- Hari ini hari pertama ramadan untuk tahun 2020, 1441 hijrah. Sebak dan gembira! Sebak kerana banyak hal, Ramadan ini tiada terawih diadakan di masjid, semua dilakukan dirumah masing-masing. tiada kedengaran suara anak-anak didalam masjid mengaminkan bacaan imam tarawih, hatta kucing masjid pun dirindui. Sebak membayangkan tiada aktiviti qiyamulail dimalam sepuluh terakhir ramadan dimasjid. Apapun maksud sebak bagi kita, pasti tuhan menyajikan hikmah yang lebih baik untuk dimengerti. Gembira? Gembira sebab bulan ramadan adalah bulan yang diberi ganjaran pahala besar untuk setiap kebaikan yang dilakukan, bulan Al Quran . Manfatkanlah masa PKP untuk membaca, dan memahami Al Quran.   Semalam seperti yang dijangka, Perdana Menteri mengumumkan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-4 bermula 28 April sehingga 12 Mei 2020. Unpopular decision, but this is what we need rignt now , walaupun akhir-akhir ini ada trend pe

Hari Ketiga Puluh Satu : Tanda

Day 31 of Restricted Movement Order ----  Tiada tanda wabak ini akan berakhir segera. Tapi hari ini, sidang harian covid 19 membawa khabar gembira buat kami warga-warga yang sentiasa menunggu perkembangan bencana wabak ini. Hanya 69 kes baharu dicatat berbanding hari-hari lain, terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Prime minister . Mungkin ada tanda wabak ini akan beransur pergi. Sedar tak sedar, hari ini masuk hari ketiga puluh satu, genap sebulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Hari ke-36 tanpa sukan bolasepak Premier League khususnya. Ahh! Tidak lengkap hujung minggu kalau tiada bolasepak. Rindu menggunakan terma-terma seperti masuk gua dan sebagainya. Aktiviti hari ke 31? - Mengira baki berapa hari lagi RMO fasa ketiga sebelum keputusan kerajaan untuk menyambung RMO Fasa keempat. Maybe ! Sebelah tengahari pula, rutin membaca buku. Hari ini masih sangkut dengan buku tulisan Candra malik bertajuk Mawar Hitam . Sebelah malamnya pula

Hari Kedua Puluh Dua : Wabak

Day 22 of Restricted Movement Order ---- Langit dalam daerah kawalan ini, tiada penjaga - Kucing membawa berita dari jauh dan kalian yang berhimpun diantara udara berkongsi masih menghirau pesan tidak mahu menjauh Langit dalam daerah kawalan ini tiada penjaga - Kucing membawa berita dari jauh dan kalian yang terputus rezeki sedang kefikiran mahu membeli Tahulah pada manusia dijalan berbaris diantara lingkaran wabak! berhati-hatilah, ia sadis Ada berita dihujung daerah menyatakan kisah hidup kalian yang tanpa kata - tiada sebutan. Jalan Dunlop, Tawau Mac, 6. 2020  Catatan : Puisi sebenarnya menyampaikan situasi semasa negara yang sedang dilanda wabak covid 19, rakyatnya sedang berhimpun dihadapan bank, menunggu mengambil bantuan kerajaan dan tidak mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) tapi diantara keramaian, ada rakyat yang berbaris lantas keperluan yang mendesak, tak bertuahnya hidup.

Hari Kedua : Krisis

Day 2 of Restricted Movement Order ---- Hidup ini rahsia, daratan krisis ditengah hati di retak dada setiap detik manusia mengira kota lengang, manusia bengang dan dalam terharu kita bertanya : Dimana hari ini berakhir ditengah kebebalan manusia? Daun-daun sendirian tak ada yang memetik kita tahu bererti hidupnya selain dari mencelik akal dan bila pula tiba saat gelora kita memanggil nama tuhan menipu, khianat pun kita terbayangkan syurga hidup ini diplomatis, beragama tanpa ilmu, tragis setiap detik mengira pahala kampung diraba diburu mangsa dan dalam dada mereka besar palsu-palsu mereka berkata: kerajaan tuhan dimana-mana hah! virus atau tuhan yang mana lagi berkuasa? dunia tidak tenang, resah didada udara nyaman berpaksi derita dan siapa melihat ke tanah suci, pun! menampak kekosongan berpagar pergi terdampar arahan manusia sampai ke pagi merekod kegelimpangan mati covid ninety , Taman Semarak Mac, 19. 2020

Hari Pertama : Bebal

Day 1 of Restricted Movement Order ---- Langit pagi sedang membiru Dia senang menghadirkan awan-awan harapan Kejujurannya tak menafikan Mencuba memberi kepastian Pukul lapan pagi Dunia terbuka luasa Fikiran tidak bertemu ruas Suasana menjadi persoalan tak habis Pernyataan jauh kelabu Aku tidak tahu, Sedalam apa pengertian mereka tentang bahasa baku Hari ini hari rabu, Hari pertama perintah berkuatkuasa Tapi tidak mendengarkan! 'sok-sok' lebih berkuasa Hanya duduk, dan mendadak kegelisahan mereka Kekosongan jadi bahasa ibunda Nasihat-nasihat yang dibacakan Memercik endah tak endah Mereka ingin datang kepadanya Sebagai tubuh kebal Memakan fikiran, mereka bebal Taman Semarak, Mac 18. 2020.  #StayAtHome

Kembali Disini

Waktu itu sangat relatif, dan kini ia berjalan lebih pantas cuba memintas kelajuan pikiran manusia. Lama tidak kembali ke sini (blog), mencipta kata-kata baru dan membangkit. Almaklum, sejak posting kerja diperantauan, payah nak update blog. Banyak benda ingin ditulis, tetapi ruang dan peluang juga masih tak ketemukan, atau sengaja dibiarkan menunggu esok yang lebih pendek waktunya dari semalam. Alhamdulillah ruang itu hadir walau seketika mampir. Sebelumnya beberapa post puisi dalam blog ini telah di ‘ unpublish ’ kerana terlibat dengan sayembara puisi, dan memohon doa kalian agar dipermudahkan segala urusan. InshaAllah, bulan ini akan kembali beraksi! sampai jumpa di post akan datang.