Posts

Showing posts with the label mahasiswa

Ambillah Jalan Bersatu !

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang “ Azri ! kamu tahu, dua team pagi ini keluar dari program” – Sapa AJK Program “Jadi, apa yang harus aku katakan lagi dari tindakan mereka ? yang pasti, ada hikmah dan teladan untuk yang pergi dan ditinggalkan.” – Jawabku . Dua perkara perlu ada pada diri kita ialah : 1. Husnudzhon 2. Berlapang dada Hampir seminggu berlalu, selepas kami turun ke sebuah pulau untuk misi “ build a better generation ”. Banyak yang kami bawa pulang dari program tersebut, bagi sahabat lain mungkin berlainan pengalaman dan pembelajaran hidup yang didapati ! tapi diri ini membawa sejuta pengalaman dan pengajaran hidup bermasyarakat dan hidup didalam saling lengkap melengkapi ini. Dialog Program Dialog diatas tadi adalah dialog pagi hari ke-2 program, sapaan dari seorang sahabat yang datang menemuiku lantas mengkhabarkan bahawa salah satu NGO yang terlibat atau yang bergabung d...