Kota Madaya : Neraka D'Bumi Syria
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ” Kota Madaya adalah sebuah bandar pergunungan kecil di Syria. Madaya terletak pada ketinggian 1,400 meter. Sebelum revolusi perang berlaku di syria, kota ini merupakan bandar peranginan dan pusat pelancongan yang menjadi tumpuan di Syria. Lokasi hanya kira-kira hanya 40 kilometer dari Damsyik, ibu negara Syria. Madaya juga sering tertutup salji semasa musim sejuk tiba, terutama pada bulan Januari-Februari, dan saat ini adalah yang paling mencabar disamping ketiadaan sumber makanan, dihimpit pula dengan kesejukan hingga ke tulang belulang.