Cerpen : Ke Kampung 2020
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ” Disudut rumahnya, ada tangan yang pernah bekerja keras membangunkan suatu ketika, dan ada mata yang penuh dengan kehampaan. Pak Hasan dan Isterinya terpaksa berpindah dalam masa terdekat. Rumah yang didiaminya semenjak Dua puluh tahun itu mahu dirobohkan. Sama ada untuk tujuan apa ia dirobohkan, kini sebahagian rumah di kampung itu telah dirundung gelisah yang panjang. Khabar rumahnya bakal dirobohkan itu telah lama diketahui, sekadar mendengar hal berita yang dibawa oleh jiran tetangganya. Maka tidak sedikitpun kerungsingan bagi hatinya, dan menganggap ia khabar angin, Khabar tak punya isi. Tetapi sekarang, khabar yang semenjak 2 bulan yang lalu diterimanya itu adalah suatu perkhabaran yang benar. Pak Hasan menerima surat rasmi yang menyuruh beliau berpindah dari rumahnya - rumah yang dibangunkannya hasil titik peluhnya sendiri. Sejak itu hatinya dirundung kelukaan....