Smile Is the Power.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ” "Senyumlah walau insan dihadapan tidak kau kenali" - sapaan ku terhadap adik peserta program qiyamulail Smile is the power ! Senyum bukan hanya budaya dan meditasi, tapi ianya sunnah baginda rasul s.a.w. Indahnya agama ini bila dengan senyuman kita mampu mengukir pahala. Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang manusia yang sentiasa memberi motivasi, salah satunya dengan senyuman baginda s.a.w, dan baginda juga menyatakan kepada sahabat tentang makna senyuman itu, dengan bersabda : "Janganlah kamu menghina kebaikan sedikitpun, walau sekiranya engkau bertemu dengan saudara engkau dengan wajah yang ceria" [ riwayat muslim ]